Wednesday, May 11, 2011

Doa tempat berkat:)

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat"
(Al-Mu'minun : 29)

Doa dimudahkan urusan:)

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 286)

Doa supaya tetap mendirikan sembahyang:)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim : 40/41)

Doa supaya diberi Rahmat dan petunjuk:)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"
(Al-Kahfi : 10)

Doa ditetapkan pendirian:)

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir"
(A-li 'Imran : 147)

Doa mohon perlindungan dari syaitan:)

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ ، وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan""Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
(An-Naml : 19)

Sunday, March 6, 2011

Hargailah ibumu...



Seorang anak bertanya kpd ALLAH SWT : "Ya ALLAH, mengapa ibuku menangis?"
Lalu ALLAH menjawab: "karena ibumu seorang wanita. Aku ciptakan sebagai makhluk yg sangat istimewa. Aku kuatkan bahunya utk menjaga dunia. Aku lembutkan hatinya utk memberi rasa aman. Aku kuatkan rahimnya utk melahirkan benih manusia... dan Aku tabahkan pribadinya utk menyayangi meski disakiti putra putrinya.
Ibumu makhluk yg sangat kuat. Jika kau melihat ibumu menangis, karena Aku beri dia air mata, yang bisa digunakan sewaktu-waktu utk membasuh luka batinnya dan utk membe
rinya kekuatan baru."

Kesan Penyalahgunaan media terhadap Masyarakat...

Terdapat pelbagai kesan yang negatif apabila ada beberapa pihak yang menyalahgunakan media ini..

  1. Media elektronik
- Televisyen merupakan media elektronik yang merupakan penggunaan yang medium dan amat terkenal, semua orang akan menonton televisyen bukan sahaja di malaysia malah seluruh dunia mempunyai televisyen. Apa yang ingin disampaikan disini pengisi di televisyen hendaklah mengikut apa yang telah di hadkan. sebagai contoh setiap cerita yang ingin ditayangkan perlu membuat tapisan agar adengan-adengan tidak patut ada, ada ketika siaran berlangsung. Hal ini dapat membuatkan masyarakat lebih bebas dan akan mudah terpengaruh dengan sifat negatif itu.

- Internet pula adalah penggunaan teknologi yang amat terkenal kerana segalanya dihujung jari anda, internet adalah penyampai maklumat yang paling pantas seperti cerita-cerita sensasi malah apa saja yang berlaku dalam dunia ini hanya dengan 'search' di internet. Begitu mudah dan cepat tetapi yang menyedihkan ade pihak yang menyalahgunakan keprluan ini dengan nafsu dan hasad dengki.

- Radio adalah penyampaian antara media dan orang awam, segala cerita yang berlaku akan di disampaikan oleh penyampai radio pada hari itu, tetapi apa yang ingin ditekankan penggunaa ini harus mengikut syarat yang di tetapkan. segala maklumat perlu disampaikan mengikut kefahaman semua peringkat usia. Sikap yang ditonjolkan sebagai penyampai yang bermaklumat amat dititik beratkan.

Sebagai seorang yang cekap dan mahir dalam penggunaan media ini, kita patut sedar bahawa media merupakan dakwah yang amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada manusia. Apabila didapati maklumat yang disampikan itu tidak benar maka masyarakat pun menerima maklumat itu sebagai tidak benar. Segala kebenaran yang di sampaikan media amat perlu ditekankan kerana masyarakat hari ini amat bergantung Kepada media untuk apa yang berlaku pada dunia setiap hari.

Peranan Komunikator Islam...

Seorang komunikator yang baik dan berpegang kepada amanah Allah, memainkan peranan yang besar dalam membentuk golongan remaja malah perlu diingati bahawaa seorang komunikator juga sebenarnya menjalankan tugas dakwah.

cara komunikator dapat mendekati golongan remaja ialah:

  1. Menyeru kepada keimanan
  2. Memberi peringatan dan amaran
  3. Mengubah sesuatu dari negatif kepada positif
  4. Mencapai Tujuan Bersama( Mendapat keredhaan Illahi)
  5. Memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat
Sebagai komunikator yang bertauliah seharusnya sedar bahawa tugas mereka sebenarnya amat berat dan perlu membantu dalam membasmi gejala-gejala sosial yang semakin berleluasa pada masa kini. seharusnya golongan remaja yang mempunyai pendidikan sejak kecil lagi dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dengan masalah-masalah tidak sihat. Oleh itu, haruslah sebagai komunikator yang bijak mengatur langkah dengan memperluaskan dakwah Islam dengan mendedahkan segala taktik dan ancaman pihak musuh Islam.

Kewartawanan dalam Islam...

Kewartawanan ialah apa saja yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan dan segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah ( kamus dewa edisi 1993 :1461). Malahan kewartawanan juga melibatkan bidang komunikasi penyiaran, televisyen dan radio dan apa saja yang bersifat memberi maklumat sama ada lukisan-lukisan dalam gua-gua purba, batu bersurat, tulisan pada batu-batu nisan hinggalah kepada gambar dan tulisan pada wang dan setem-setem ( H.M Tuah Iskandar 1997:1)

Wartawan Islam
wartawan islam ialah wartawan-wartawan bebas. Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaaan sesama manusia dan makhluk lain. Natijah daripada itu, membebaskan mereka dari sebarang pengaruh, baik dari segi kebendaan, pangkat, kedudukan dan nama, bebas dari orang-orang yang berpengaruh dan juga bebas daripada memperalat dan diperalat. Wartawan Islam bertugas demi mencari keredhaan Illahi. Bersenjatakan mata pena mereka berjihad menulis dan melapur berita dan maklumat atas dasar kebenaran dan keadilan bagi membentuk masyarakat agar bertakwa dan cintakan kebaikan.

Kesimpulannya, seorang wartawan Islam itu mestilah melaksanakan tanggungjawab agama di samping tanggungjawab sosial. Mereka adalah pewaris tugas menyebar ilmu dan maklumat sebagaimana yang dilalui oleh mereka yang terdahulu. Wartawan Islam yang sejati ialah mereka yang bertugas atas niat kerana Allah dan melaksanakan tugas mengikut landasan dan ketetapan Islam bagi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Etika komunikasi Islam...

Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi. Iaitu:

PERTAMA: qaulan sadida ( al-Nisa' :9)
Bermaksud isi pesan harus jujur dan benar. Ertinya informasi haruslah disampikan dengan jujur dan benar tanpa dibuat-buat, tidak menambah atau mengurangi isi berita.

KEDUA: qaulan ma'rufa ( al-Nisa' :5)
Iaitu menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.

KETIGA: qaulan baligha (al-Nisa' :63)
Bermaksud informasi yaang inigin disampaikan kepada masyarakat hendaklah berupa kata-kata yang mampu memberkas pada jiwa seseorang.

KEEMPAT: qaulan maisura (al- Isra': 28)
Bermaksud informasi yang ingin disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.

KELIMA: qaulan karima (al- Isra': 23)
Bermaksud informasi haruslah berupa perkataan-perkataan yang mulia.

Bila kelima-lima saranan ini di atas dijadikan acuan dalam komunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Monday, February 28, 2011

Khasiat Ayat Kursi...

Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  1. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  1. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  1. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  1. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  1. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  1. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  1. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  1. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)..
Amalkan lah membaca ayat Kursi ini selepas soalt fardhu...insyaallah Allah akan memberi perlindungan kepada kita...

Cabaran-cabaran ICT...

ICT ini merupakan satu fenomena yang wujud hasil daripada kepesatan perkembangan di dalam dunia sains dan teknolog. Ia telah mengubah cara hidup manusia baik di dalam dunia perniagaan, pendidikan, kemasyarakatan perhubungan dan sebagainya. Secara ringkasnya ICT memberi perubahan yang signifikan kepada sosio ekonomi dan budaya persekitaran manusia..

Teknologi Komunikasi..

komunikasi membolehkan sesuatu mesej itu disampaikan dari seseorang atau satu kumpulan kepada seseorang atau kumpulan yang lain. Kebanyakan buku-buku pengurusan menggariskan lima komponen penting yang terlibat  dalam sesuatu proses komunikasi iaitu pengirim, proses menkodkan mesej(encoding), mesej itu sendiri, penerima dan proses menterjemah mesej(decoding).

Ada tiga kaedah utama yang boleh digunkan untuk berkomunikasi iaitu:

  1. komunikasi lisan
  2. komunikasi bertulis
  3. komunikasi elektronik

Sunday, February 27, 2011

Metode komunikasi dalam Dakwah islam...

Keperluan memahami metode komunikasi dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W amat penting kerana ia merupakan suatu sunnah. Pendekatan dakwah Rasulullah S.A.W wajar dijadikan contoh tauladan,mengambil pengajaran dari pengalaman Baginda S.A.W disamping menyesuaikannya dengan suasana masyarakat kini supaya penyebaran malumat islam  dapat disampaikan secara efektif dan lebih berkesan.

      Beberapa metode telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh Allah SWT sebagaimana dimukilkan dalam al-Quran yang bermaksud:

 serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik dan berhujahlah dengan mereka dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk.
                                                                                                                                      
                                                                                                                                        ( al-Nahl: 125)

Sunday, February 13, 2011

Peranan Media dalam Menyebarkan Informasi Islam...

Melalui media massa berbagai keperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan oleh umat Islam itu sendiri mengikut citarasa kontemporari yang sesuai dengan ajaran Islam dan sudah tentu menjadi alternatif kepada umat Islam. Misalnya dalam menyajikan maklumat yang berkaitan dengan kebudayaan, ilmu pengetahuan , politik, sosial dan kemasyarakatan, hiburan dan sebagainya.

Media massa boleh menjadi medium penghibur bagi merehatkan fikiran, contohnya melalui muzik atau lakonan tertentu. Seni muzik atau seni lakonan boleh memberi kesan positif kepada perkembangan Islam sekiranya skrip, lirik, mesej serta cara menggayakan rentak muzik dan lakonan mengikut dasar kehidupan Islam dengan segala fleksibilitinya. Prof. Mahmud Shaltut (1960) menjelaskan hiburan merupakan keperluan semulajadi manusia dan hukumnya harus dengan syarat hiburan itu tidak melalaikan.

Peranan Media


Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media telah menetapkan bahawa peranan media Islam lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun demikian, dalam menghadapi realiti semasa umat islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukkan kepada lima aspek terpenting iaitu:


  1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  2. Mepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
  5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Tuesday, February 1, 2011

Halangan Komunikasi islam...

Untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang ditegah oleh islam ketika berkomunikasi.
Antara halangan komunikasi ialah:

  1. mengutuk orang sesuka hati tanpa memikirkan kesan pada dirinya.
  2. memperkecil-kecilkan orang.
  3. membocorkan rahsia orang dengan niat untuk memalukan.
  4. mengumpat orang.
  5. memuji berlebihan seperti membanggakan diri.
  6. bertengkar tidak ada rasa sabar.
  7. bercakap kotor dan banyak lagi.
kita boleh kenalpasti banyak halangan yang perlu kita lalui untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Jadi sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan kita perlu bijak untuk mengatur sesuatu agar apa yang ingin disampaikan diterima dengan baik oleh orang lain.

Friday, January 21, 2011

Sumber Komunikasi islam...

Komunikasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan wahyu dan Sunnah Rasulullah S.A.W atau dengan kata lain:

- Al-Quran sebagai ajaran komunikasi paling utama.
- As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
- Ulamak-ulamak Rasulullah S.A.W dan Al-Qurandari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil    qat'i.

Thursday, January 20, 2011

Komunikasi yang berkesan...

- alat penerima maklumat: telinga, mata, kulit
- mata paling berkesan: sebab itu hukuman ke atas penjenayah dijalankan di hadapan orang ramai
- cara Nabi s.a.w. berkomunikasi:
a) Suara jelas, tidak perlahan dan tidak terlalu kuat
b) Tidak cepat
c) Diulang-ulang tiga kali
d) Mengetahui latar belakang sasaran
e) Bahasa yang mudah

- asas-asas komunikasi:
a) Taqwa
b) Ukhuwwah
c) Rahmah
d) Melebihkan orang lain
e) Kemaafan

Tujuan Komunikasi Islam..

1. Memberitahu.
- memaklumkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-quran dan As-sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlak.
-menghebahkan kepada umat manusia tentang islam adalah agama yang membawa Rahmat kepada dunia.


2. Menerangkan.
- memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara terperinci mengenai ajaran-ajaran Al-quran dan As-sunnah supaya ia difahami olehsemua golongan masyarakat dan mudah untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kita.


3. Memberi kefahaman.
- perjelaskan tentang ajaran islam agar ianya boleh difahami oleh umat islam.


4. Memberi ilmu.
- Komunikasi islam atau juga disebut komunikasi dakwah sangat diperlukan untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ajaran islam. ilmu-ilmu tersebut terdiri daripada ilmu wahyu atau naqli dan juga ilmu-ilmu aqli (pemikiran).


5. Memberi petunjuk.
- Komunikasi islam ini penting untuk mengajar individu dalam masyarakat tentang bagaimana cara-cara yang perlu dilakukan oleh umat islam dalam melaksanakan ajaran Al-quran dan As-sunnah. Memberi petunjuk disini bermaksud memberi panduan atau mengarahkan jalan kehidupan yang benar dan diredhai Allah SWT.


6. Menyeru kepada kebajikan.
- Komunikasi isam juga merupakan komunikasi dakwah yang sangat penting, dalam hal ini ia membantu menangani masalah kemiskinan,pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Dengan adanya komunikasi islam masyarakat perlu diberi kesedaran terutama golongan kaya dan berpendidikan prihtin dengan menghulurkan bantuan. Sebagai contoh melalui zakat.


7.  Menguruskan pemerintahan.
- Melalui komunikasi islam ini membantu hubungan dua hala menjadi baik dan menjadikan negara kita lebih makmur.


8. Memberi hikmah.
- hikmah ialah kebijaksanaan atau suatu kebenaran.
-tindakan yang hikmah dapat membentuk masyarakat pada hari ini lebih persefahaman diantara satu sama lain.


9. Menyampaikan khabar gaembira dan peringatan.
- khabar gambira beerti berita-berita dari Al-quran dan As-Sunnah tentang:


  • balasan syurga kepada umat yang patuh kepada ajaran islam.
  • pahala yang berlipat ganda kepada orang yang beribadah di bulan dan di hari mulia.
  • kesediaan Allah untuk mengampuni dosa umatnya yang bertaubat dengan taubat nasuha.
  • kenikmatan yang dialami oleh penghuni syurga.
  • kelebihan mati syahid dan lain-lain lagi.
- yang dimaksudkan memberi peringatan ialah perkara yang merupakan amaran dari Allah SWT  terhadap umat yang lalai dam melamggar ajaran-ajaran islam.
  • balasan azab neraka kepada orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama.
  • azab kubur dan seksaan Mahsyar terhadap orang-orang yang mati dengan membawa dosa.
  • kutukkan Allah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi.
  • di timpa bencana terhadap kaum atau masyarakat manusia yang membuat kerosakan di muka bumi ini.
tujuan pengkhabaran perkara-perkara tersebut terhadap umat manusia adalah untuk mendorong manusia supaya selalu melakukan kebaikan dalam hidup dan cuba kawal diri untuk melakukan perkara yang tidak diredha Allah..Insyaallah sesungguhnya kita hanya hamba Allah yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..

Saturday, January 15, 2011

kepentingan dan jenis-jenis komunikasi islam..

Kepentingan Komunikasi...

Komunikasi adalah satu aktiviti yang dianggap mulia oleh Islam.

Malah Allah menyatakan bahawa seseorang yang menggunakan komunikasinya untuk menyerukan orang lain kepada mengesakan Allah, mematuhi perintah Allah dan ia sendiri melakukan kebaikan, orang tersebut adalah dianggap lebih baik perkataanya ( ahsana qaulan).

Pada aspek lain dalam konteks komunikasi ini merupakan arahan daripada Allah supaya memberi peringatan dan amaran kepada umat manusia. Arahan ini semakin nyata melalui lisan sebagai elemen penting komunikasi yang mana Rasulallah s.a.w menuntut supaya melakukan pencegahan terhadap kemungkaran yang dilihatnya.

Kepentingan komunikasi lisan untuk melakukan perubahan dan tegahan dapat diperhati kepada hadis rasulallah mengkalsifikasikan peranan lisan di tempat kedua selepas tangan yang bermaksud :" Barangsiapa diantara kamu melihat sesuatu kemungkaran yang telah berlaku maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya jika tak berkuasa, maka hendaklah ia mengubah dengan lisan, jika tak berkuasa juga ia mengubah dengan hatinya bagi yang selemah-lemah iman".

Percakapan adalah cara yang menjadi gambaran di dlam hati dan terjemaham dalam bentuk bahasa kepada orang lain untuk menyampaikan hasrat. Komunikasi juga adalah cara untuk menjalankan aktiviti kumpulan. Tanpa komunikasi mustahil kegitan kumpulan dapat dijalankan.

Komunikasi juga digunakan untuk membebaskan atau mengongkong, untuk mencipta atau memusnahkan, untuk memperbaiki mutu kehidupan di dunia ini atau melenyapkannya.
  

 Jenis-jenis Komunikasi...


1. Komunikasi dengan Pencipta.
- iaitu ibadah secara khusus. Setiap individu muslim wajib mengadakan hubungan terus dengan Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari melalui sembahyang. Ibadah menjadi komunikasi langsung antara hamba dan Pencipta, ini sangat penting kerana ia akan mencegah daripada melakukan perbuatan-perbuatan buruk dan kemungkaran.

2. Komunikasi dengan diri sendiri.
- Komunikasi dengan diri berlaku dahulu sebelum komunikasi dengan pihak luar.
- Unsur komunikasi dengan diri sendiri ialah niat dan berfikir.
- Faktor niat penting sehingga boleh menentukan sah atau tidak perbuatan seseorang.
- sabda Rasulallah yg bermaksud : " sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat"
 
3. Komunikasi dengan alam atau makhluk.
- Selain dari komunikasi dengan pencipta dan diri sendiri.
- Komunikasi peringkat ini berlaku sam ada memberi kesah negetif atau positif bergantung kepada sejauh mana ketepatan dan kebenaran proses komunikasi dilakukan pada komunikasi peringkat pertama dan kedua.
- Islam mengiktiraf dan menerima segala bentuk peralatan komunikasi moden yang beraneka jenis zaman kini yang menjadi elemen perantara asalkan ia tidak mendatangkan kesan negetif kepada keaslian fitrah manusia yang memerlukan keamanan, kebaikan dan lian-lain.
- Komunikasi peringkrat ini tak terbatas kepada sesama manusia sahaja. Nabi sulaiman boleh berkomunikasi dengan Jin dan binatang.
 

bentuk-bentuk dan prinsip komunikasi islam..

Bentuk-bentuk komunikasi...

1.   Lisan

- perbualan, pengajaran, khutbah, forum, debat

2.    Bukan lisan
- surat, e-mail, faks, sms, buku, majalah
3.    Media
- elektronik: tv, radio, internet
- cetak: surat khabar, majalah


Prinsip Komunikasi Islam...

 1. Bercakap dengan lemah lembut.
- Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud " Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut"
2. Menggunakan perkataan yang baik-baik.
- sebgaimana firman Allah " dan katakanlah kepada hamba-hambaKU ( yang beriman)  supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat bai,... ".
3. Menggunaan hikmah dan nasihat yang baik.
- Fiman Allah : " Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.
4. Menguasai bahasa dan isi percakapan dengan kecerdasan akal dan pandangan.
- Rasulallah bersabda " Berbicaralah kepada manusia menrut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.
5. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman allah yang bermaksud :" .... dan berbahaslah dengan menreka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik ... "
6. Menyebut perkara penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata, baginda mengulanginya 3 kali sehingga kata-kata itu difahami".
7. Mengotakan apa yang dikatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : "wahai ornga-orang yang beriman, mengapa kamu memeperkatakan apa yang kamu tidak melakukannnya".

Friday, January 14, 2011

Matlamat Komunikasi Islam...

  • Memberi kefahaman kepada umat islam tentang cara menyampaikan sesuatu dengan jelas tanpa salah faham.
  • Mengajar kita untuk lebih peka dan dewasa dalam menyampaikan matlumat.
  • Mendapatkan persetujuan antara dua pihak, untuk mengelakan perselisihan faham.
  • Memahami perasaan orang lain.
  • Melaksanakan sesuatu tugasan dengan ikhlas tanpa perasaan hasad dengki.

Pengertian komunikasi islam..

-Bahasa : dari perkataan communicate bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. 
- satu proses interaksi antara dua orang atau lebih
- hasilnya manusia beroleh persefahaman, pemindahan maklumat, kesenangan, tindakan bersesuaian dan sebagainya.
- semua bentuk komunikasi adalah dibenarkan selagi tiada perkara yang bertentangan dengan syariat. 
 Perkataan yang bermaksud komunikasi yang terakam dalam al-Quran.
-"Wasola" : membawa maksud sampaikan.
- "al-Alaq" : bermaksud bacalah
- "al-Nisa" : bermaksud Khabarkanlah
- " al-Mu'min" : bermaksud Katakanlah
 - "al-Asr" : bermaksud berpesan-pesan.
- " al-Maidah" : bermaksud dengarkanlah.


Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing.





Saturday, January 8, 2011

bersyukur...

Alhamdulilah, sekali lagi saya dapat melihat keindahan alam ini...Allah telah beri kesempatan dengan memanjangkan usiaku..hari ini saya masih ingin meneruskan perjuangan mencari erti apa yang dimaksudkan dakwah islam yang sebenar..marilah kita kongsi bersama2 berkaitan ilmu pengetahuan dakwah islamiah..sebarang ilmu tentang islam dan dakwah boleh lah kongsi dengan saya..

terima kasih kawan2...

Mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-quran dalam kehidupan seharian..

Sebagai umat islam yang di kasihi Allah s.w.t kita selalu di ingatkan untuk mengerjakan kewajipan yang di perintahkan, umat islam yang mempunyai iman yang mantap, harus kuat untuk menjauhi laranganNYA...kita wajib untuk menjalani kehidupan ini dengan melaksanakan perintah Allah agar hidup kita selalu diberkati..  insyaAllah....solat merupakan tiang agama...ingat tu kawan2:)

Menghormati Azan..



Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.  Cuba kitaamati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir  ajal tidak dapat  berkata apa-apa, lidahnya  kelu,  keras danhanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.   Jika  lagu kebangsaan  kita  diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan  kelunya  lidah  kita semasa ajal hampir tiba.... makakita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana  sesiapa  yg  dapat  mengucapkan kalimah ini ketikanyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan  dan  mohon  kepada  Allah supaya  lidah  ini  tidak kelu  walaupunnyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian  yang baik  lagi mulia,  lancarkanlidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Thursday, January 6, 2011

Hujan Rahmat..

     Dikatakan: " Sesungguhnya Allah s.wt. telah menurunkan hujan rahmat pada hari kiamat atas segolongan dari hambanya dan Neraka Jahanam melemparkan percikan-percikan apinya atas segolongan lainnya. Maka berapa bakar ramai yang berehat dengan kesejukan air hujan dengan yang terbakar dengan kepanasan percikan api neraka?

    Maka sesiapa yang menghabiskan umurnya di dunia dengan mentaaati Ar-Rahman serta mengamalkan al-Quran dan sunnah, Tuhan menyelamatkannya dari seluruh dukacita dan kesedihan..
insyaAllah.....

Perhiasan langit..

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda: "Tatkala Allah s.w.t menciptakan syurga, Dia berfirman kepada kepadanya; berhiaslah, lalu ia berhias, kemudian berfirman kepadanya: bercakaplah, lalu ia berkata: Sungguh telah berjaya orang2 yang beriman.' Maka Allah s.w.t. menjadikan langit di dunia tempat pandanganmu, dan menjadikan syurga yang indah di akhirat tempat kesenanganmu, jika Allah s.w.t menutup iblis yang terlaknat di dunia dan menghilangkannya dari pandanganmu agar hatimu tidak merasa jijik dengan keburukan bentuknya.

Maka lebih utama Dia menutup amalan-amalanmu yang buruk dari kerosakan dan dosa2 dari skandal pada hari kiamat di hadapan orang ramai.

Tuesday, January 4, 2011

assalamualaikum kepada semua umat yang beragama islam..

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan pada diri ini untuk menyebarkan sedikit sebanyak tentang keindahan islam dan ini merupakan perkara yang harus di perluaskan dengan ilmu2 yang berkaitan dakwah islamiah..hari ini kita ketahui bahawa islam merupakan agama yang paling syumul..
Marilah kita sma2 meluaskan pengetahuan tentang kehidupan seharian ini dengan ilmu2 yang berkaitan islam agar dapat menjauhi segala laraganNYA..

Insyaallah...