Monday, February 28, 2011

Khasiat Ayat Kursi...

Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  1. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  1. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  1. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  1. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  1. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  1. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  1. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  1. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)..
Amalkan lah membaca ayat Kursi ini selepas soalt fardhu...insyaallah Allah akan memberi perlindungan kepada kita...

Cabaran-cabaran ICT...

ICT ini merupakan satu fenomena yang wujud hasil daripada kepesatan perkembangan di dalam dunia sains dan teknolog. Ia telah mengubah cara hidup manusia baik di dalam dunia perniagaan, pendidikan, kemasyarakatan perhubungan dan sebagainya. Secara ringkasnya ICT memberi perubahan yang signifikan kepada sosio ekonomi dan budaya persekitaran manusia..

Teknologi Komunikasi..

komunikasi membolehkan sesuatu mesej itu disampaikan dari seseorang atau satu kumpulan kepada seseorang atau kumpulan yang lain. Kebanyakan buku-buku pengurusan menggariskan lima komponen penting yang terlibat  dalam sesuatu proses komunikasi iaitu pengirim, proses menkodkan mesej(encoding), mesej itu sendiri, penerima dan proses menterjemah mesej(decoding).

Ada tiga kaedah utama yang boleh digunkan untuk berkomunikasi iaitu:

  1. komunikasi lisan
  2. komunikasi bertulis
  3. komunikasi elektronik

Sunday, February 27, 2011

Metode komunikasi dalam Dakwah islam...

Keperluan memahami metode komunikasi dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W amat penting kerana ia merupakan suatu sunnah. Pendekatan dakwah Rasulullah S.A.W wajar dijadikan contoh tauladan,mengambil pengajaran dari pengalaman Baginda S.A.W disamping menyesuaikannya dengan suasana masyarakat kini supaya penyebaran malumat islam  dapat disampaikan secara efektif dan lebih berkesan.

      Beberapa metode telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh Allah SWT sebagaimana dimukilkan dalam al-Quran yang bermaksud:

 serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik dan berhujahlah dengan mereka dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk.
                                                                                                                                      
                                                                                                                                        ( al-Nahl: 125)

Sunday, February 13, 2011

Peranan Media dalam Menyebarkan Informasi Islam...

Melalui media massa berbagai keperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan oleh umat Islam itu sendiri mengikut citarasa kontemporari yang sesuai dengan ajaran Islam dan sudah tentu menjadi alternatif kepada umat Islam. Misalnya dalam menyajikan maklumat yang berkaitan dengan kebudayaan, ilmu pengetahuan , politik, sosial dan kemasyarakatan, hiburan dan sebagainya.

Media massa boleh menjadi medium penghibur bagi merehatkan fikiran, contohnya melalui muzik atau lakonan tertentu. Seni muzik atau seni lakonan boleh memberi kesan positif kepada perkembangan Islam sekiranya skrip, lirik, mesej serta cara menggayakan rentak muzik dan lakonan mengikut dasar kehidupan Islam dengan segala fleksibilitinya. Prof. Mahmud Shaltut (1960) menjelaskan hiburan merupakan keperluan semulajadi manusia dan hukumnya harus dengan syarat hiburan itu tidak melalaikan.

Peranan Media


Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media telah menetapkan bahawa peranan media Islam lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun demikian, dalam menghadapi realiti semasa umat islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukkan kepada lima aspek terpenting iaitu:


  1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  2. Mepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
  5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Tuesday, February 1, 2011

Halangan Komunikasi islam...

Untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang ditegah oleh islam ketika berkomunikasi.
Antara halangan komunikasi ialah:

  1. mengutuk orang sesuka hati tanpa memikirkan kesan pada dirinya.
  2. memperkecil-kecilkan orang.
  3. membocorkan rahsia orang dengan niat untuk memalukan.
  4. mengumpat orang.
  5. memuji berlebihan seperti membanggakan diri.
  6. bertengkar tidak ada rasa sabar.
  7. bercakap kotor dan banyak lagi.
kita boleh kenalpasti banyak halangan yang perlu kita lalui untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Jadi sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan kita perlu bijak untuk mengatur sesuatu agar apa yang ingin disampaikan diterima dengan baik oleh orang lain.