Friday, January 21, 2011

Sumber Komunikasi islam...

Komunikasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan wahyu dan Sunnah Rasulullah S.A.W atau dengan kata lain:

- Al-Quran sebagai ajaran komunikasi paling utama.
- As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
- Ulamak-ulamak Rasulullah S.A.W dan Al-Qurandari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil    qat'i.

Thursday, January 20, 2011

Komunikasi yang berkesan...

- alat penerima maklumat: telinga, mata, kulit
- mata paling berkesan: sebab itu hukuman ke atas penjenayah dijalankan di hadapan orang ramai
- cara Nabi s.a.w. berkomunikasi:
a) Suara jelas, tidak perlahan dan tidak terlalu kuat
b) Tidak cepat
c) Diulang-ulang tiga kali
d) Mengetahui latar belakang sasaran
e) Bahasa yang mudah

- asas-asas komunikasi:
a) Taqwa
b) Ukhuwwah
c) Rahmah
d) Melebihkan orang lain
e) Kemaafan

Tujuan Komunikasi Islam..

1. Memberitahu.
- memaklumkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-quran dan As-sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlak.
-menghebahkan kepada umat manusia tentang islam adalah agama yang membawa Rahmat kepada dunia.


2. Menerangkan.
- memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara terperinci mengenai ajaran-ajaran Al-quran dan As-sunnah supaya ia difahami olehsemua golongan masyarakat dan mudah untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kita.


3. Memberi kefahaman.
- perjelaskan tentang ajaran islam agar ianya boleh difahami oleh umat islam.


4. Memberi ilmu.
- Komunikasi islam atau juga disebut komunikasi dakwah sangat diperlukan untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ajaran islam. ilmu-ilmu tersebut terdiri daripada ilmu wahyu atau naqli dan juga ilmu-ilmu aqli (pemikiran).


5. Memberi petunjuk.
- Komunikasi islam ini penting untuk mengajar individu dalam masyarakat tentang bagaimana cara-cara yang perlu dilakukan oleh umat islam dalam melaksanakan ajaran Al-quran dan As-sunnah. Memberi petunjuk disini bermaksud memberi panduan atau mengarahkan jalan kehidupan yang benar dan diredhai Allah SWT.


6. Menyeru kepada kebajikan.
- Komunikasi isam juga merupakan komunikasi dakwah yang sangat penting, dalam hal ini ia membantu menangani masalah kemiskinan,pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Dengan adanya komunikasi islam masyarakat perlu diberi kesedaran terutama golongan kaya dan berpendidikan prihtin dengan menghulurkan bantuan. Sebagai contoh melalui zakat.


7.  Menguruskan pemerintahan.
- Melalui komunikasi islam ini membantu hubungan dua hala menjadi baik dan menjadikan negara kita lebih makmur.


8. Memberi hikmah.
- hikmah ialah kebijaksanaan atau suatu kebenaran.
-tindakan yang hikmah dapat membentuk masyarakat pada hari ini lebih persefahaman diantara satu sama lain.


9. Menyampaikan khabar gaembira dan peringatan.
- khabar gambira beerti berita-berita dari Al-quran dan As-Sunnah tentang:


  • balasan syurga kepada umat yang patuh kepada ajaran islam.
  • pahala yang berlipat ganda kepada orang yang beribadah di bulan dan di hari mulia.
  • kesediaan Allah untuk mengampuni dosa umatnya yang bertaubat dengan taubat nasuha.
  • kenikmatan yang dialami oleh penghuni syurga.
  • kelebihan mati syahid dan lain-lain lagi.
- yang dimaksudkan memberi peringatan ialah perkara yang merupakan amaran dari Allah SWT  terhadap umat yang lalai dam melamggar ajaran-ajaran islam.
  • balasan azab neraka kepada orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama.
  • azab kubur dan seksaan Mahsyar terhadap orang-orang yang mati dengan membawa dosa.
  • kutukkan Allah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman di atas muka bumi.
  • di timpa bencana terhadap kaum atau masyarakat manusia yang membuat kerosakan di muka bumi ini.
tujuan pengkhabaran perkara-perkara tersebut terhadap umat manusia adalah untuk mendorong manusia supaya selalu melakukan kebaikan dalam hidup dan cuba kawal diri untuk melakukan perkara yang tidak diredha Allah..Insyaallah sesungguhnya kita hanya hamba Allah yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..

Saturday, January 15, 2011

kepentingan dan jenis-jenis komunikasi islam..

Kepentingan Komunikasi...

Komunikasi adalah satu aktiviti yang dianggap mulia oleh Islam.

Malah Allah menyatakan bahawa seseorang yang menggunakan komunikasinya untuk menyerukan orang lain kepada mengesakan Allah, mematuhi perintah Allah dan ia sendiri melakukan kebaikan, orang tersebut adalah dianggap lebih baik perkataanya ( ahsana qaulan).

Pada aspek lain dalam konteks komunikasi ini merupakan arahan daripada Allah supaya memberi peringatan dan amaran kepada umat manusia. Arahan ini semakin nyata melalui lisan sebagai elemen penting komunikasi yang mana Rasulallah s.a.w menuntut supaya melakukan pencegahan terhadap kemungkaran yang dilihatnya.

Kepentingan komunikasi lisan untuk melakukan perubahan dan tegahan dapat diperhati kepada hadis rasulallah mengkalsifikasikan peranan lisan di tempat kedua selepas tangan yang bermaksud :" Barangsiapa diantara kamu melihat sesuatu kemungkaran yang telah berlaku maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya jika tak berkuasa, maka hendaklah ia mengubah dengan lisan, jika tak berkuasa juga ia mengubah dengan hatinya bagi yang selemah-lemah iman".

Percakapan adalah cara yang menjadi gambaran di dlam hati dan terjemaham dalam bentuk bahasa kepada orang lain untuk menyampaikan hasrat. Komunikasi juga adalah cara untuk menjalankan aktiviti kumpulan. Tanpa komunikasi mustahil kegitan kumpulan dapat dijalankan.

Komunikasi juga digunakan untuk membebaskan atau mengongkong, untuk mencipta atau memusnahkan, untuk memperbaiki mutu kehidupan di dunia ini atau melenyapkannya.
  

 Jenis-jenis Komunikasi...


1. Komunikasi dengan Pencipta.
- iaitu ibadah secara khusus. Setiap individu muslim wajib mengadakan hubungan terus dengan Allah sekurang-kurangnya 5 kali sehari melalui sembahyang. Ibadah menjadi komunikasi langsung antara hamba dan Pencipta, ini sangat penting kerana ia akan mencegah daripada melakukan perbuatan-perbuatan buruk dan kemungkaran.

2. Komunikasi dengan diri sendiri.
- Komunikasi dengan diri berlaku dahulu sebelum komunikasi dengan pihak luar.
- Unsur komunikasi dengan diri sendiri ialah niat dan berfikir.
- Faktor niat penting sehingga boleh menentukan sah atau tidak perbuatan seseorang.
- sabda Rasulallah yg bermaksud : " sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat"
 
3. Komunikasi dengan alam atau makhluk.
- Selain dari komunikasi dengan pencipta dan diri sendiri.
- Komunikasi peringkat ini berlaku sam ada memberi kesah negetif atau positif bergantung kepada sejauh mana ketepatan dan kebenaran proses komunikasi dilakukan pada komunikasi peringkat pertama dan kedua.
- Islam mengiktiraf dan menerima segala bentuk peralatan komunikasi moden yang beraneka jenis zaman kini yang menjadi elemen perantara asalkan ia tidak mendatangkan kesan negetif kepada keaslian fitrah manusia yang memerlukan keamanan, kebaikan dan lian-lain.
- Komunikasi peringkrat ini tak terbatas kepada sesama manusia sahaja. Nabi sulaiman boleh berkomunikasi dengan Jin dan binatang.
 

bentuk-bentuk dan prinsip komunikasi islam..

Bentuk-bentuk komunikasi...

1.   Lisan

- perbualan, pengajaran, khutbah, forum, debat

2.    Bukan lisan
- surat, e-mail, faks, sms, buku, majalah
3.    Media
- elektronik: tv, radio, internet
- cetak: surat khabar, majalah


Prinsip Komunikasi Islam...

 1. Bercakap dengan lemah lembut.
- Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud " Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut"
2. Menggunakan perkataan yang baik-baik.
- sebgaimana firman Allah " dan katakanlah kepada hamba-hambaKU ( yang beriman)  supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat bai,... ".
3. Menggunaan hikmah dan nasihat yang baik.
- Fiman Allah : " Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.
4. Menguasai bahasa dan isi percakapan dengan kecerdasan akal dan pandangan.
- Rasulallah bersabda " Berbicaralah kepada manusia menrut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.
5. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman allah yang bermaksud :" .... dan berbahaslah dengan menreka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik ... "
6. Menyebut perkara penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata, baginda mengulanginya 3 kali sehingga kata-kata itu difahami".
7. Mengotakan apa yang dikatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : "wahai ornga-orang yang beriman, mengapa kamu memeperkatakan apa yang kamu tidak melakukannnya".

Friday, January 14, 2011

Matlamat Komunikasi Islam...

  • Memberi kefahaman kepada umat islam tentang cara menyampaikan sesuatu dengan jelas tanpa salah faham.
  • Mengajar kita untuk lebih peka dan dewasa dalam menyampaikan matlumat.
  • Mendapatkan persetujuan antara dua pihak, untuk mengelakan perselisihan faham.
  • Memahami perasaan orang lain.
  • Melaksanakan sesuatu tugasan dengan ikhlas tanpa perasaan hasad dengki.

Pengertian komunikasi islam..

-Bahasa : dari perkataan communicate bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. 
- satu proses interaksi antara dua orang atau lebih
- hasilnya manusia beroleh persefahaman, pemindahan maklumat, kesenangan, tindakan bersesuaian dan sebagainya.
- semua bentuk komunikasi adalah dibenarkan selagi tiada perkara yang bertentangan dengan syariat. 
 Perkataan yang bermaksud komunikasi yang terakam dalam al-Quran.
-"Wasola" : membawa maksud sampaikan.
- "al-Alaq" : bermaksud bacalah
- "al-Nisa" : bermaksud Khabarkanlah
- " al-Mu'min" : bermaksud Katakanlah
 - "al-Asr" : bermaksud berpesan-pesan.
- " al-Maidah" : bermaksud dengarkanlah.


Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing.





Saturday, January 8, 2011

bersyukur...

Alhamdulilah, sekali lagi saya dapat melihat keindahan alam ini...Allah telah beri kesempatan dengan memanjangkan usiaku..hari ini saya masih ingin meneruskan perjuangan mencari erti apa yang dimaksudkan dakwah islam yang sebenar..marilah kita kongsi bersama2 berkaitan ilmu pengetahuan dakwah islamiah..sebarang ilmu tentang islam dan dakwah boleh lah kongsi dengan saya..

terima kasih kawan2...

Mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-quran dalam kehidupan seharian..

Sebagai umat islam yang di kasihi Allah s.w.t kita selalu di ingatkan untuk mengerjakan kewajipan yang di perintahkan, umat islam yang mempunyai iman yang mantap, harus kuat untuk menjauhi laranganNYA...kita wajib untuk menjalani kehidupan ini dengan melaksanakan perintah Allah agar hidup kita selalu diberkati..  insyaAllah....solat merupakan tiang agama...ingat tu kawan2:)

Menghormati Azan..



Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.  Cuba kitaamati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir  ajal tidak dapat  berkata apa-apa, lidahnya  kelu,  keras danhanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.   Jika  lagu kebangsaan  kita  diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan  kelunya  lidah  kita semasa ajal hampir tiba.... makakita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana  sesiapa  yg  dapat  mengucapkan kalimah ini ketikanyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan  dan  mohon  kepada  Allah supaya  lidah  ini  tidak kelu  walaupunnyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian  yang baik  lagi mulia,  lancarkanlidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Thursday, January 6, 2011

Hujan Rahmat..

     Dikatakan: " Sesungguhnya Allah s.wt. telah menurunkan hujan rahmat pada hari kiamat atas segolongan dari hambanya dan Neraka Jahanam melemparkan percikan-percikan apinya atas segolongan lainnya. Maka berapa bakar ramai yang berehat dengan kesejukan air hujan dengan yang terbakar dengan kepanasan percikan api neraka?

    Maka sesiapa yang menghabiskan umurnya di dunia dengan mentaaati Ar-Rahman serta mengamalkan al-Quran dan sunnah, Tuhan menyelamatkannya dari seluruh dukacita dan kesedihan..
insyaAllah.....

Perhiasan langit..

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda: "Tatkala Allah s.w.t menciptakan syurga, Dia berfirman kepada kepadanya; berhiaslah, lalu ia berhias, kemudian berfirman kepadanya: bercakaplah, lalu ia berkata: Sungguh telah berjaya orang2 yang beriman.' Maka Allah s.w.t. menjadikan langit di dunia tempat pandanganmu, dan menjadikan syurga yang indah di akhirat tempat kesenanganmu, jika Allah s.w.t menutup iblis yang terlaknat di dunia dan menghilangkannya dari pandanganmu agar hatimu tidak merasa jijik dengan keburukan bentuknya.

Maka lebih utama Dia menutup amalan-amalanmu yang buruk dari kerosakan dan dosa2 dari skandal pada hari kiamat di hadapan orang ramai.

Tuesday, January 4, 2011

assalamualaikum kepada semua umat yang beragama islam..

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana memberi kesempatan pada diri ini untuk menyebarkan sedikit sebanyak tentang keindahan islam dan ini merupakan perkara yang harus di perluaskan dengan ilmu2 yang berkaitan dakwah islamiah..hari ini kita ketahui bahawa islam merupakan agama yang paling syumul..
Marilah kita sma2 meluaskan pengetahuan tentang kehidupan seharian ini dengan ilmu2 yang berkaitan islam agar dapat menjauhi segala laraganNYA..

Insyaallah...