Kewartawanan ialah apa saja yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan dan segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah ( kamus dewa edisi 1993 :1461). Malahan kewartawanan juga melibatkan bidang komunikasi penyiaran, televisyen dan radio dan apa saja yang bersifat memberi maklumat sama ada lukisan-lukisan dalam gua-gua purba, batu bersurat, tulisan pada batu-batu nisan hinggalah kepada gambar dan tulisan pada wang dan setem-setem ( H.M Tuah Iskandar 1997:1)
Wartawan Islam
wartawan islam ialah wartawan-wartawan bebas. Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaaan sesama manusia dan makhluk lain. Natijah daripada itu, membebaskan mereka dari sebarang pengaruh, baik dari segi kebendaan, pangkat, kedudukan dan nama, bebas dari orang-orang yang berpengaruh dan juga bebas daripada memperalat dan diperalat. Wartawan Islam bertugas demi mencari keredhaan Illahi. Bersenjatakan mata pena mereka berjihad menulis dan melapur berita dan maklumat atas dasar kebenaran dan keadilan bagi membentuk masyarakat agar bertakwa dan cintakan kebaikan.
Kesimpulannya, seorang wartawan Islam itu mestilah melaksanakan tanggungjawab agama di samping tanggungjawab sosial. Mereka adalah pewaris tugas menyebar ilmu dan maklumat sebagaimana yang dilalui oleh mereka yang terdahulu. Wartawan Islam yang sejati ialah mereka yang bertugas atas niat kerana Allah dan melaksanakan tugas mengikut landasan dan ketetapan Islam bagi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
nikmat yang diberikan kepada kita di muka bumi ini amat bernilai,kita di anugerahkan nikkmat yang sangat indah..matahari,bulan,langit dan bumi menjadi tempat untuk kita perjuangkan apa yang telah di Perintahkan oleh Allah S.W.T..
Sunday, March 6, 2011
Etika komunikasi Islam...
Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi. Iaitu:
PERTAMA: qaulan sadida ( al-Nisa' :9)
Bermaksud isi pesan harus jujur dan benar. Ertinya informasi haruslah disampikan dengan jujur dan benar tanpa dibuat-buat, tidak menambah atau mengurangi isi berita.
KEDUA: qaulan ma'rufa ( al-Nisa' :5)
Iaitu menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.
KETIGA: qaulan baligha (al-Nisa' :63)
Bermaksud informasi yaang inigin disampaikan kepada masyarakat hendaklah berupa kata-kata yang mampu memberkas pada jiwa seseorang.
KEEMPAT: qaulan maisura (al- Isra': 28)
Bermaksud informasi yang ingin disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.
KELIMA: qaulan karima (al- Isra': 23)
Bermaksud informasi haruslah berupa perkataan-perkataan yang mulia.
Bila kelima-lima saranan ini di atas dijadikan acuan dalam komunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Monday, February 28, 2011
Khasiat Ayat Kursi...
Khasiat Ayat Kursi:
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
- Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
- Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
- Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
- Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)..
Amalkan lah membaca ayat Kursi ini selepas soalt fardhu...insyaallah Allah akan memberi perlindungan kepada kita...
Cabaran-cabaran ICT...
ICT ini merupakan satu fenomena yang wujud hasil daripada kepesatan perkembangan di dalam dunia sains dan teknolog. Ia telah mengubah cara hidup manusia baik di dalam dunia perniagaan, pendidikan, kemasyarakatan perhubungan dan sebagainya. Secara ringkasnya ICT memberi perubahan yang signifikan kepada sosio ekonomi dan budaya persekitaran manusia..
Teknologi Komunikasi..
komunikasi membolehkan sesuatu mesej itu disampaikan dari seseorang atau satu kumpulan kepada seseorang atau kumpulan yang lain. Kebanyakan buku-buku pengurusan menggariskan lima komponen penting yang terlibat dalam sesuatu proses komunikasi iaitu pengirim, proses menkodkan mesej(encoding), mesej itu sendiri, penerima dan proses menterjemah mesej(decoding).
Ada tiga kaedah utama yang boleh digunkan untuk berkomunikasi iaitu:

- komunikasi lisan
- komunikasi bertulis
- komunikasi elektronik
Sunday, February 27, 2011
Metode komunikasi dalam Dakwah islam...
Keperluan memahami metode komunikasi dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W amat penting kerana ia merupakan suatu sunnah. Pendekatan dakwah Rasulullah S.A.W wajar dijadikan contoh tauladan,mengambil pengajaran dari pengalaman Baginda S.A.W disamping menyesuaikannya dengan suasana masyarakat kini supaya penyebaran malumat islam dapat disampaikan secara efektif dan lebih berkesan.
Beberapa metode telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh Allah SWT sebagaimana dimukilkan dalam al-Quran yang bermaksud:
serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik dan berhujahlah dengan mereka dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk.
( al-Nahl: 125)

Sunday, February 13, 2011
Peranan Media dalam Menyebarkan Informasi Islam...
Melalui media massa berbagai keperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan oleh umat Islam itu sendiri mengikut citarasa kontemporari yang sesuai dengan ajaran Islam dan sudah tentu menjadi alternatif kepada umat Islam. Misalnya dalam menyajikan maklumat yang berkaitan dengan kebudayaan, ilmu pengetahuan , politik, sosial dan kemasyarakatan, hiburan dan sebagainya.
Media massa boleh menjadi medium penghibur bagi merehatkan fikiran, contohnya melalui muzik atau lakonan tertentu. Seni muzik atau seni lakonan boleh memberi kesan positif kepada perkembangan Islam sekiranya skrip, lirik, mesej serta cara menggayakan rentak muzik dan lakonan mengikut dasar kehidupan Islam dengan segala fleksibilitinya. Prof. Mahmud Shaltut (1960) menjelaskan hiburan merupakan keperluan semulajadi manusia dan hukumnya harus dengan syarat hiburan itu tidak melalaikan.
Peranan Media
Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media telah menetapkan bahawa peranan media Islam lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun demikian, dalam menghadapi realiti semasa umat islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukkan kepada lima aspek terpenting iaitu:

- Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
- Mepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
- Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
- Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
- Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.
Tuesday, February 1, 2011
Halangan Komunikasi islam...
Untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang ditegah oleh islam ketika berkomunikasi.
Antara halangan komunikasi ialah:
Antara halangan komunikasi ialah:
- mengutuk orang sesuka hati tanpa memikirkan kesan pada dirinya.
- memperkecil-kecilkan orang.
- membocorkan rahsia orang dengan niat untuk memalukan.
- mengumpat orang.
- memuji berlebihan seperti membanggakan diri.
- bertengkar tidak ada rasa sabar.
- bercakap kotor dan banyak lagi.
kita boleh kenalpasti banyak halangan yang perlu kita lalui untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Jadi sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang dianugerahkan kita perlu bijak untuk mengatur sesuatu agar apa yang ingin disampaikan diterima dengan baik oleh orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)