Sunday, March 6, 2011

Kewartawanan dalam Islam...

Kewartawanan ialah apa saja yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan dan segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah ( kamus dewa edisi 1993 :1461). Malahan kewartawanan juga melibatkan bidang komunikasi penyiaran, televisyen dan radio dan apa saja yang bersifat memberi maklumat sama ada lukisan-lukisan dalam gua-gua purba, batu bersurat, tulisan pada batu-batu nisan hinggalah kepada gambar dan tulisan pada wang dan setem-setem ( H.M Tuah Iskandar 1997:1)

Wartawan Islam
wartawan islam ialah wartawan-wartawan bebas. Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaaan sesama manusia dan makhluk lain. Natijah daripada itu, membebaskan mereka dari sebarang pengaruh, baik dari segi kebendaan, pangkat, kedudukan dan nama, bebas dari orang-orang yang berpengaruh dan juga bebas daripada memperalat dan diperalat. Wartawan Islam bertugas demi mencari keredhaan Illahi. Bersenjatakan mata pena mereka berjihad menulis dan melapur berita dan maklumat atas dasar kebenaran dan keadilan bagi membentuk masyarakat agar bertakwa dan cintakan kebaikan.

Kesimpulannya, seorang wartawan Islam itu mestilah melaksanakan tanggungjawab agama di samping tanggungjawab sosial. Mereka adalah pewaris tugas menyebar ilmu dan maklumat sebagaimana yang dilalui oleh mereka yang terdahulu. Wartawan Islam yang sejati ialah mereka yang bertugas atas niat kerana Allah dan melaksanakan tugas mengikut landasan dan ketetapan Islam bagi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

No comments:

Post a Comment